Laman Blog Rasmi Majlis Daerah Pendang

Sunday, May 10, 2026

GELANGGANG PICKLEBALL MAJLIS DAERAH PENDANG AKAN DIBUKA MULAI 04 MEI 2026


 
Selamat datang ke sistem tempahan fasiliti sukan Majlis Daerah Pendang (MDP).
Kini anda boleh membuat tempahan gelanggang dengan lebih mudah, cepat dan sistematik secara atas talian. Buat masa ini, fasiliti yang ditawarkan adalah Gelanggang Pickleball MDP, yang menyediakan ruang permainan yang selesa, bersih dan selamat untuk kegunaan komuniti.
📱 Tempah Secara Online Sekarang
Tempahan boleh dibuat melalui aplikasi mudah alih atau pautan atas talian.
🔗 Akses melalui pautan:
📲 Muat Turun Aplikasi
Untuk pengalaman tempahan yang lebih mudah, anda juga boleh memuat turun aplikasi melalui:
🍎 Apple App Store
Imbas QR atau klik:
🤖 Google Play Store
Imbas QR atau klik:
📌 Cara Tempahan
Pilih Tempat ( Gelanggang Pickleball MDP)
Pilih Court A,B atau C
Pilih tarikh dan masa
Pilih Jika ada penambahan sewaan paddle dan bola
Buat pembayaran
Terima pengesahan tempahan
📍 Maklumat Fasiliti
Lokasi: Gelanggang Pickleball MDP
Status: Dibuka untuk orang awam
Kemudahan: Kawasan berbumbung & persekitaran selamat
💬 Sebarang Pertanyaan
Sila hubungi pihak Majlis Daerah Pendang untuk maklumat lanjut di nombor : 04-7596077

Sunday, November 16, 2025

Pengumuman : Bazar Ramadan Anjuran Majlis Daerah Pendang Tahun 2026M/1447H

 


PENGUMUMAN :-
Bazar Ramadan Anjuran Majlis Daerah Pendang Tahun 2026M/1447H
Sila Like, Follow & Share Halaman MAJLIS DAERAH PENDANG

Sebarang Pertanyaan, Sila Hubungi :
Jabatan Kesihatan Persekitaran MDP (Pelesenan)
Majlis Daerah Pendang,
Wisma MDP,
06700 Pendang,
Kedah Darul Aman.
Tel: 04-7596077 (samb. 232)

Wednesday, January 15, 2025

Permohonan & Pembaharuan Lesen Perniagaan secara dalam talian (Online) di MAJLIS DAERAH PENDANG

 

 
Kini, Permohonan & Pembaharuan Lesen Perniagaan
secara dalam talian (Online) di MAJLIS DAERAH PENDANG .
 
Selepas ini tidak perlu lagi ke kaunter Jabatan Majlis Daerah Pendang untuk memohon & memperbaharui lesen perniagaan kerana boleh dilakukan di rumah, pejabat atau mana-mana sahaja anda berada.
 
Sila layari :- elesen.kpkt.gov.my
 
Maklumat Lanjut, Hubungi :-
Tel : 04-7596077
Email : aduan@mdpendang.gov.my
 

Tuesday, January 14, 2025

HEBAHAN : APLIKASI MOBIL PBTPay ( Semakan dan Bayaran Cukai Taksiran, Kompaun & Sewa Premis MDP




 HEBAHAN : APLIKASI MOBIL PBTPay

Aplikasi Mobil PBTPay telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bersempena dengan Pelancaran Pendigitalan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada Konvensyen PBT 2024. Aplikasi Mobil PBTPay boleh dimuat turun melalui Play Store dan App Store.
Jom seluruh warga PBT untuk muat turun Aplikasi Mobil PBTPay.

"MALAYSIA MADANI"
JABATAN KERAJAAN TEMPATAN
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

Sunday, December 8, 2024

NOTIS PEMAKLUMAN - TIADA LAGI CETAKAN DAN EDARAN BIL CUKAI TAKSIRAN 2025

 


NOTIS PEMAKLUMAN
- TIADA LAGI CETAKAN DAN EDARAN BIL CUKAI TAKSIRAN

Majlis Daerah Pendang tidak lagi mencetak dan mengedarkan bil cukai taksiran bermula pada 1 JANUARI 2025.

Portal PBTPay : 
 
Playstore : 
 

Sekian, harap maklum.